Tuesday, August 4, 2009

Ulasan Artikel - "Highly - cherished"

Pada pendapat saya artikel ini menerangkan, menggambarkan dan memberikan penjelasan tentang peralatan teknologi masa kini seperti komputer riba, iPod, telefon bimbit, MP3, PDA, PlayStation dan pelbagai lagi yang masakini telah menjadi satu keperluan yang amat penting dalam kehidupan manusia dan terutama kepada semua kalangan remaja. Peralatan teknologi komunikasi ini diibaratkan sebagai satu keperluan rutin kehidupan seharian dan kadang-kadang ianya sudah menjadi terlalu sukar untuk dipisahkan dalam diri masing-masing.
Dalam artikel ini juga menjelaskan tentang bagaimana peranan, fungsi-fungsi dan bagaimana peralatan teknologi ini digunakan secara meluas masakini. Contohnya seperti telefon bimbit. Dengan adanya kemudahan telefon bimbit , komunikasi individu menjadi cepat dan pantas, menjimatkan masa, mudah untuk dibawa kemana-mana kerana saiznya kecil, boleh menyimpan maklumat-maklumat tertentu, menggunakannya sebagai jam untuk melihat masa, penggunaan tanpa had, jarak komunikasi memudahkan, sebagai satu alat hiburan dan pelbagai lagi memberikan faedah yang besar kepada penggunanya. Fenomena ini amat memberikan kesan yang besar kepada penggunanya terutama kepada remaja dan para pelajar, dimana kadang-kadang mereka alpa tentang kos yang ditanggung. Apa yang difikirkan kini peralatan ini memudahkan dan yang penting sekali ianya telah menjadi satu keperluan dalam hidup.
Sebagai contoh lain yang digambarkan dalam artikel ini sebagai satu peralatan yang penting kepada para remaja, belia dan para pelajar adalah komputer riba. Ianya telah menjadi satu alatan teknologi yang cukup berguna masa kini. Bagi para pelajar komputer riba ini banyak digunakan untuk mencari bahan pembelajaran, mendapatkan data , memperolehi maklumat untuk kajian ,menyiapkan tugasan ,membuat grafik dan pelbagai lagi dengan mudah dan cepat. Ianya banyak membantu para pelajar untuk lebih berpandangan jauh dalam mencari ilmuan. Ilmu yang baik dan buruk individu itu yang menentukan untuk dirinya. Alatan teknologi ini juga boleh menjimatkan masa dan kos. Komputer riba ini juga mudah untuk dibawa kemana-mana lokasi kerana ianya kecil dan tidak membebankan. Ramai para ibubapa hari ini sanggup menyediakan wang untuk tujuan tersebut supaya anak-anak akan lebih maju kehadapan setanding dengan peredaran zaman ICT hari ini.
Antara lain peralatan teknologi yang diterangkan dalam artikel ini adalah seperti iPod dan MP3 yang mana alat ini boleh digunakan untuk hiburan. Remaja boleh mendengar lagu-lagu dengan menggunakan alat tersebut. Ianya juga mudah dibawa kemana-mana kerana amat ringan dan kecil.Fleksibal untuk kemana-mana. Ianya membantu remaja mengurangkan stress dan berhibur dengan mudah walaupun dirumah.Bagi orang-orang yang kekurangan masa dan sibuk alat ini
membantu untuk memudahkan mereka meringan bebanan peranan dan bosan. Mendengar lagu-lagu yang dapat melegakan minda dari tekanan kerja.
Kesimpulan yang dapat dirumuskan , memperjelaskan kepada dunia hari ini bahawa dengan adanya teknologi komunikasi dan maklumat yang canggih hari telah banyak mempengaruhi kehidupan manusia , dimana manusia banyak bergantung kepada peralatan ini dalam memudahkan urusan rutin harian kehidupan dengan keadaan dunia pekerjaan, dunia pelajar yang sentiasa mengejar masa dalam menyelesaikan sesuatu kerja dan masalah. Dari segi kewangan sudah tidak menjadi soal lagi demi memenuhi kehendak memiliki peralatan tersebut. Pemikiran manusia masakini juga mahukan semua perkara mudah dan cepat diuruskan. Adat kata teknologi hebat hari ini amat diperlukan dalam menjadikan diri lebih maju dalam konteks komunikasi semasa.

No comments:

Post a Comment