Wednesday, August 5, 2009

Artikel 2 - COMMUNICATING FOR A NEW AGE

Pada pendapat saya ,dalam artikel ini memperjelaskan tentang bagaimana komunikasi dan peranannya dari satu generasi kepada satu generasi berubah mengikut berubahnya masa kesemasa dengan mengambil kira beberapa faktor persekitaran yang mempengaruhi.


Seperti satu kajian yang dipaparkan dalam artikel ini hasil daripada Dr.Carol Kinsey Goman menyatakan bahawa antara satu generasi ada perubahan dan perbezaan , dimana generasi yang bekerja - Generasi Y mempunyai tahap perbezaan yang amat ketara dengan Generasi X. Pengkelasan generasi dapat dilihat seperti :


i) Generasi Veteran 1927 - 1945

ii)Baby Boomers 1946-1964

iii)Generasi X 1965-1983

iv)Generasi Y 1984 (sekarang)


Dari kajian ini kita dapati bahawa perbezaan satu generasi itu akan membawa kepada satu perubahan dan pendekatan yang berbeza. Terutamanya dalam sektor pekerjaan. Setiap orang yang memasuki alam pekerjaan, cara dan pendekatannya akan berubah mengikut situasi persekitaran . Dan disini sudah pasti setiap institusi pekerjaan tak kira cara dan bentuk apa pekerjaan tersebut memerlukan dan mengimpikan pekerja yang terdiri daripada generasi Y.

Generasi Y adalah generasi yang mampu bergerak jauh dalam apa bentuk komunikasi dalam sesuatu organisasi. Contohnya generasi Y , kita dapat melihat bagaimana apabila mereka berada dalam syarikat/organisasi , halacara mereka berkomunikasi ditempat kerja.Mereka boleh mengguna komputer (e-mail) kepada majikan tanpa ragu-ragu lagi. Mereka boleh bekerja dengan baik dan alatan teknologi ini telah menjadi satu perantaraan yang cepat untuk menjalankan tugas dan berkomunikasi. Generasi Y boleh membuktikan boleh melakukan pelbagai kerja Berbeza dengan generasi X dimana mereka tidak mempunyai kehebatan ini.
Dalam artikel ini juga menerangkan tentang perkara penting dalam berhubung dengan generasi-generasi lebih muda ,dimana mengalih daripada yang pasif atau menolak, komunikasi aktif dan menarik. Generasi Y memerlukan pembabitan aktif dalam menerima maklumat. Kebanyakan universiti-universiti menyedari bahawa bahawa generasi muda berminat dengan proses pengajian yang berbentuk pembelajaran dan hiburan. Oleh itu generasi ini terlibat dengan cara yang berbeza. Kita dapati juga teknologi telah memberikan satu perubahan yang besar dalam komunikasi pada masa kini.
Perkara terakhir yang dapat saya rumuskan disini bahawa penggunaan kaedah perhubungan dalam setiap generasi boleh dikekalkan sekira bersesuaian dan bertetapan dengan kehendak tertentu, sebagai contoh saluran bersemuka ( face- to -face ) masih boleh digunakan kerana ianya lebih baik, mudah dan berkesan. Ianya boleh digunakan ditempat kerja sekalipun.
Setiap generasi mempunyai halacara dan pemikiran yang berbeza , maka segalanya memberikan kesan kepada komunikasi dan perhubungan. Oleh itu kita seharusnya boleh mengikut peredaran komunikasi mengikut teknologi masakini tetapi biarlah ianya dapat memberikan sesuatu yang lebih baik untuk diri dan masa depan.

No comments:

Post a Comment