Tuesday, October 27, 2009

ARTIKEL 6: CONVERGENCE OF VOICE AND DATA TELECOMMUNICATIONS TRANSMISSIONS

Melalui artikel ini saya dapat huraikan ;



Abstrak :

Cara kita berkomunikasi maklumat dalam mesyuarat moden dengan melalui perubahan dramatik dalam kemajuan teknologi komunikasi. Pelbagai pendedahan perkembangan kemajuan infrastruktur telekomunikasi di cipta pada hari ini. Dalam perbincangan ini kita akan mengkaji mengenai perkembangan trend ini bagi tempoh beberapa tahun. Dalam keadaan yang mencabar, perkembangan infrastruktur yang kian berubah dan cara sesuatu kompeni menyusun aturkan keadaan mereka. Saya akan mengkaji juga juga bagaimana perkara ini berubah bergantung jenis servis telekomunikasi yang kita lihat hari ini, sepertimana kita melihat masa depan , tidak dari sudut tradisional sahaja, bahkan juga cara kita menghimpun tranmisi data dan bagaimana kompeni telekomunikasi akan berunding dengan lansdskap perubahan dunia perniagaan.


Pengenalan:

Mengimbau sejarah pada 8 Januari 1982, apabila A & AT mengejutkan dunia kerana bersetuju untuk memecah monopoli. Dari seluruh akaun , kita mempunyai sistem telefon terbaik, bernilai tinggi dengan servis baik dan bersama harga jarak jauh yang terbaik. Hari ini, servis telefon di sediakan oleh beratus kompeni jarak jauh dan pertambahan pesat pencabar tempatan. Dan diyakini perkembangan dari masa ke semasa akan berterusan dan berubah sejajar dengan kemajuan industri telekomunikasi dalam pasaran beberapa tahun akan datang.


Perubahan Dalam Masyarakat;

Semenjak 5 tahun lalu, kita telah mengambil pelbagai langkah dalam kedatangan pengikut masyarakat moden dibidang maklumat. Pelbagai bahan yang digunakan untuk menjadi tranmisi lebih terang, pantas dan mudah dibawa walaupun pertambahan jumlah data dan trafik suara. Kapasiti tambahan memainkan peranan penting ke arah pembangunan internet. Pelbagai kemajuan teknologi seiring dengan kehendak masyarakat dalam perkembangan telefon mudah alih. Perniagaan dan pengguna lebih suka mengakses maklumat melalui servis telefon mudah alih dimana saja mereka berada. Perkembangan demi perkembangan dari pelbagai aspek dijalankan untuk menjadikan proses telekomunikasi lebih pantas dan berkesan. pelbagai ciri yang ditawarkan kepada pengguna mengikut peredaran semasa, serta pelaburan dalam merealisasikan hajat pengguna.
Pembangunan segera dalam infrastruktur Telkom.
Apakah yang memacu kearah perkembangan infrastruktur ? Kita akan membincangkan teknologi utama dan trend semenjak 2004. Perkara pertama dalam dunia ini ialah komunikasi wireless. Dalam banyak persidangan dan pameran seperti comdex dan superiom melalui beberapa dan pelbagai fasa pembangunan dunia komunikasi. Bercakap mengenai alat bebas pegang yang ada kini seperti mana mampu untuk mengimbas barkod di barangan atau menggunakan 'Palmcorder' yang memudahkan anda memahami dengan cepat tentang revolusi komunikasi, permintaan atas pengaksesan data segera. kepada yang tidak menggunakan telefon tanpa wayar pada frekuensi ini adalah semestinya dari minoriti yang jelas berbeza. Permintaan teknologi ini terutamanya lebih tinggi di Eropah, terutamanya di tempat yang sedang pesat berkembang.
Bagaimana kita akan menggunakan alat yang semakin hari semakin kecil yang senang disisipkan di tali pinggang, poket baju atau beg bimbit ? Pelbagai servis yang disediakan selaras dengan keperluan dan permintaan semasa di mana sesorang itu boleh mengakses dan memuat turun maklumat dari internet dan segalanya dengan mudah dan segera. Data menjadi satu ayat yang perlu di kaji. Internet menyaksikan 67,000 pengguna baru, 10,000 laman web baru setiap hari, kesesakan akan berganda setiap 75 hari, 1 billion orang menggunakan internet pada 2005, 1 dari 6 orang di planet ini akan menggunakannya. Kebanyakkan menggunakan alat tanpa wayar bagi mengakses maklumat. Akan datang akan muncul lagi perubahan revolusi dunia komunikasi internet ini dari perkhidmatan telefon, tanpa wayar, internet dan siaran televisyen yang dapat di tonton dari seluruh dunia.
Kesimpulannya:
Umumnya, apakah makna ini semua didalam komunikasi serta perubahannya pada dunia dan maklumat akan terbahagi secara semulajadinya kepada cara sesebuah kompeni menjalankan tugasan mereka didalam cara kita meneruskan kehidupan ini. Mungkin salah satu kunci dinamik dalam pertembungan kuasa kepada pengguna kini. Kita telah melihat di rumah, kita ada maklumat pemanggil di telefon, jika ada nombor seseorang yang kita tidak pasti, kita akan biarkan ke peti suara. Akan datang kita semua akan ada teknologi yang membenarkan kita menghalang semua mesej dan gangguan yang tidak dikehendaki. Sistem perakam TV digital akan membenarkan kita menonton tv tanpa gangguan siaran komersial software telah tersedia yang membolehkan kita memuat turun laman di Internet tanpa iklan. Dalam masa depan terdekat ini, kita boleh memprogramkan telefon untuk menerima cuma panggilan dari sumber yang di ketahui sahaja. Kita boleh menghantar terus email dan boleh di buang jika tidak mahu.

Monday, October 26, 2009

ARTIKEL 5-COMMUNICATION TECHNOLOGY KEEPS GETTING IN THE WAY OF COMMUNICATION !

Seperti kebanyakkan inovasi lain, semenjak telefon di perkenalkan ianya banyak menyumbang ke arah pembangunan komunikasi. Persamaannya sama dengan emel, mel suara, persidangan teleks, telefon mudah alih dan juga internet tetapi adakah ianya benar-benar membantu untuk menghubungkan dengan yang lain dengan berkesan ?
Dari hasil temuduga bersama beberapa orang yang berkaitan di dalam bidang komunikasi ini ada beberapa sebab cara komunikasi yang digunakan berbeza. Pertama e-mel di lihat adalah cepat dan efisen dalam proses menghantar dan memindah data informasi, kedua di lihat tidak mengganggu orang dan prosesnya lancar. Telefon mudah alih, banyak kegunaannya hari ini memberi manafaat dan keburukkan kepada pengguna. dengan adanya teknologi telefon mudah alih ini secara tidak langsungnya maklumat dan perhubungan akan sampai kepada penerima dengan cepat, tetapi apabila berada ditempat umum biasanya pengguna telefon mudah alih ini akan bercakap dengan lebih kuat hingga mengganggu orang-orang disekeliling mereka.
Persidangan Talian, tidak dinafikan nilai dalam penghasilan talian sidang untuk memudahkan manusia bersidang secara langsung di lokasi bagi mengurangkan kos ke tempat mesyuarat . Walaubagaimana pun saya melihat cara penghebahan di praktikkan dalam masa terdekat dengan cara mesyuarat perjumpaan muka ke muka akan diterima. tetapi ianya juga turut mempunyai kelemahan terutamanya yang berpunca dan kelemahan manusia, jadi saya berpendapat mesyuarat secara tradisonal adalah lebih praktikal.
Ke manakah ia membawa kita ?
Banyak kajian menunjukkan orang muda di sekolah tinggi lebih suka berat berlebihan dan tidak mantap , ini disebabkan jumlah masa yang dihabiskan depan komputer, bermain permainan video dan melayari internet, saya percaya masalah fizikal adalah salah satu penyebab. Saya melihat generasi manusia yang mempunyai kemahiran sosial yang tidak mantap dan yang akan lebih di tekan untuk menjadi sebahagian ahli projek atau fungsi kumpulan di dalam sesebuah perniagaan. Apa yang lebih teruk lagi ialah, Apakah jenis perhubungan keluarga yang kita hendakkan di masa depan ? Adakah seseorang akan membuat suatu pembangunan komunikasi baru di meja makan ? Di mana kita mampu menekan butang di meja sendiri walaupun sekadar meminta garam ?
Kita perlu melihat dengan lebih mendalam lagi ke manakah arah tuju teknologi komunikasi ini akan membawa kita ?.....

Wednesday, September 9, 2009

ARTIKEL 4- THE DIGITAL AGES OF MAN

Selepas membaca artikel ini kita dapat mengetahui untuk ribuan tahun sivilisasi didunia, guru dan pelatih telah menjadi generasi sebelumnya . Sekarang kita ada pendatang digital, orang muda dan generasi terkini, belajar membeli dan mencipta Digital semulajadi oleh generasi Y dan generasi Milenium. Isu ini bukanlah baru. Berbalik kepada sivilisasi Greek Socrates mengajar Plato, yang berusia 42 tahun lebih muda dari Socrates, dan Plato mengajar Aristotle yang 44 tahun lebih muda muda dari Plato. Ribuan tahun, setiap generasi percaya tentang perbezaan unik untuk sesuatu yang belum dilalui atau kita seperti ibubapa kita yang mana tidak bergerak ke mana-mana. Untuk mengimbangi keadaan ini setiap generasi tua ada, untuk ribuan tahun setiap generasi baru haruslah menerima sikap dan sifat semulajadi orang tua dan belajar menerimanya waktu ini, generasi kini dengan penerimaan yang lebih baik dari biasa.
Kini banyak persembahan, grafik segera jaringan maklumant menggunakan multimedia.Pelbagai gadjet dan ianya semulajadi untuk melihat generasi muda menonton TV atau mendengar lagu melalui IPOD, bersembang dengan mesej segera di internet, menonton youtube di komputer riba dan menghantar pesanan ringkas di telefon bimbit masing-masing. Rujukan generasi ini digelar generasi MTV salah satu nama bagi generasi X. Generasi MTV suka menonton visual yang menarik perhatian seperti video pendek dan lagu-lagu. Persembahan audio-visual ini dipersembahkan dengan baik di internet dan di pertingkatkan dengan menambah lapisan teks dan komunikasi segera sebagai campuran. Ada beberapa fakta berguna dari survey yang dijalankan pada tahun 2007, 97% mempunyai komputer, 94% ada handphone, 76% guna mesej segera, 75% mempunyai akaun Facebook, dan yang menakjubkan lagi 15% berkata mereka 24 jam mendaftar online untuk mesej sembang segera. remaja hari ini lebih menggunakan kemajuan teknologi masa kini. Latihan asas komputer lebih kepada cara tradisional, berlatih untuk menjadi lebih mahir. bagaimanapun digital semulajadi lebih sesuai untuk interaksi. Kita boleh buat ini tanpa menggunakan sepenuhnya mesej segera sewaktu belajar.
Kita juga boleh menambah elemen permainan, jadi pelatih akan lebih memahami dan skor kemahirannya. Sambil main sambil menambah ilmu dan boleh berkomunikasi dengan satu sama lain. E-learning perlu menyediakan lebih maklumbalas, teknik pembelajaran peribadi dengan menyediakan lebih maklumbalas, teknik pembelajaran peribadi dengan menyediakan grafik segera. E- learning ini yang mana menyediakan secara tunggal, telus dalam haluan pembelajarannya di sertakan dengan pelbagai pilihan soalan di penghujung bab. Kita boleh mengkaji tentang program pembelajaran dan mendapat maklumbalas bagaimana mereka lakukan. Apabila digital semulajadi akhirnya menjadi kaedah berterusan dalam pembelajaran dan pembangunan dalam 20 tahun akan datang. Generasi akan datang yang mengikutnya akan melengkapkan pusingan dan merasakan digital semulajadi sudah ketinggalan zaman.

Tuesday, September 8, 2009

Artikel3-FACILITATING LONG DISTANCE RELATIONSHIP BETWEEN MALAYSIA GRANDPARENT DAN GRANDCHILDREN LIVING IN THE UK THROUGH COMPUTER MEDIATED COMMUNICATI

Dalam artikel ini saya dapat mengetahui mengenai pengenalan kepada kajian GP-GC. Dalam Model Hirarki keperluan Maslow, selepas keperluan psikologi dan keselamatan dipenuhi, lapisan ketiga yang diperlukan oleh manusia ialah sosial.Ini turut melibatkan emosi dan asas perhubungan seperti persahabatan, intimasi seksual atau mendapat sokongan serta komunikasi keluarga.Orang yang berusia lebih menerima kesannya dalam kontek kehidupan sosial yang dinyatakan. Antara sebab utama kegagalan keatas jaringan sosial dan ketidakbolehan untuk mencari perhubungan baru. Kajian keatas kehidupan datuk nenek dalam tempoh 2 dekad menunjukkan bahawa perhubungan antara GP dan GC kelihatan positif dan penting dalam setiap generasi.Perhubungan antara GP-GC telah dikaji dengan mendalam di negara Eropah yang melibatkan pembabitan beberapa buah negara ( berpandukan senarai dalam artikel). Walaubagaimanapun di Malaysia juga ada satu kajian GP-GC yang menfokuskan Malaysia Sindhis dan bahasa yang digunakan dalam 2 generasi ini. Umumnya popularasi rakyat Malaysia ialah berbanding bangsa dan kumpulan etnik 63% bumi, Cina 24%, India 7% dan lain-lain 1%, 5% bukan warganegara.
Untuk memahami GP-GC mempunyai perhubungan pelbagai, faktor dan persekitaran perlu diambil kira dan difahami serta keperluan 2 generasi ini. Satu perbezaan utama dalam model yang dicadangkan dalam kajian 2 kumpulan ini, apabila fokus utama ke atas stereotaip negatif oleh generasi muda kepada generasi tua, terdapat pelbagai faktor yang perlu diambilkira dari segi komunikasi, perhubungan sosial mahupun positif dan negatif. Untuk pelajar Malaysia di UK dan Ireland, berdasarkan statistik pelajar Malaysia di luar Negara sejak 2000-2005, UK dan Ireland mendapat tempat pertama dan diikuti US dan Australia. Walaubagaimana carta menunjukkan terendah jumlah pelajar di UK dan Ireland pada tahun 2002 kepada 28%.Bilangan menurun pada tahun 2003, manakala 2004 mula meningkat kembali pelajar Malaysia belajar di UK ialah sebanyak 15189.sejak 2002 ke atas UK dan Ireland terus kebelakang Autralia manakala tahun 2005 hanya dengan perbezaan 1%.
Para penyelidik percaya jumlah rakyat Malaysia memilih untuk belajar di Luar Negara akan meningkat selepas MOHE menyasarkan sekurang-kurangnya 75%, pensyarah di IPTA bertaraf Doktor Falsafah manakala 30% pensyarah di Politeknik dan Kolej Komuniti di Malaysia. Dianggarkan pelajar dilingkungan usia 22-40 masih ada diantara mereka yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat Masters selepas Ijazah. Cuti belajar bagi kakitangan kerajaan mestilah tidak tidak melebihi usia 40 tahun tetapi ada sesetengah IPTA membenarkan kakitangan terus belajar asalkan tidak melepasi usia persaraan wajib. Ditambah lagi popularasi rakyat Malaysia menunjukkan anggaran lelaki berkahwin pada usia 28.6 tahun manakala wanita 25.1 tahun. Ada perbezaan negatif yang nyata diantara umur GC dan bilangan GP yang ada. Kajian mendapati dan menganggarkan 99% GC di Swiss yang berusia 40 tahun tidak mempunyai GP. Ada perbezaan dalam persepsi GC di dalam hubungan dengan GP.Menurut kajian Creasy GC yang lebih tua ,kurang mempamerkan keinginan bersama GP. Ini kerana mereka lebih menumpukan terhadap masa berkualiti bersama anak-anak yang bersekolah dan ini juga menyebabkan peningkatan awal hubungan GP-GC mula berkurangan ditambah pula dengan hubungan jarak jauh.
Di masa yang sama di UK, ilmu ICT mula didedahkan seawal 5 tahun. Dianggarkan 13.9 juta isirumah di Britain boleh mengakses internet dari rumah dengan majoritinya menggunakan broadband. Masa yang sama ramai anak muda memperuntukkan masa bermain permainan komputer berbanding dengan anak muda yang matang. Oleh itu ibubapa harus memberi dorongan kepada anak-anak untuk untuk meluangkan masa lebih bersama GP teritama yang berada dalam jarak jauh. Perlu juga untuk mendidik anak muda ini tentang nilai mengimbangi hubungan dengan orang yang lebih tua. Ini kerana orang yang lebih tua banyak memberi sumbangan kepada keluarga dalam bentuk mengambil berat terhadap cucu dan cicit mereka. Hubungan GP-GC berasaskan beberapa sebab:-
1)Adanya peluang dimana masa depan generasi dan cabaran dapat dipelajari.Individu yang boleh bekerjasama dan berunding akan berjaya dalam hubungan diantara keluarga dan lebih berpeluang melakukannya dimana sahaja.
2)Ada bukti bahawa hubungan ini amat penting bagi orang yang lebih dewasa melainkan atas sebab kematian dan tahap motivasi mencari hubungan baru, GC akan berpeluang mendapat dan fokus kepada kedua keluarga maruah dan interaksi sosial. Akhirnya perhubungan ini sangat berharga kepada GC dari segi pembangunan emosi dan daya kendiri yang membolehkan GC mempunyai hubungan persaan dengan seluruh keluarga.
Beberapa kajian dilakukan dan hasilnya ada persamaan dalam kajian ini dengan majoriti responden mempunyai sedikit kemahiran komputer dan mereka perlu mengenalpasti apa yang dikehendaki sewaktu menggunakan internet. hasil daripada En.Hisham menunjukkan orang yang lebih tua guna email, pencarian maklumat dan bersembang di internet. Manakala hasil kajian IG pula menunjukkan mereka mencari maklumat, pembelian barang dan servis serta bermain permainan komputer. Jelas terdapat perbezaan yang ketara diantara kajian ini. Masyarakat kini yang lebih menggunakan internet dan kalangan pelajar serta golongan profesional. Dalam menggalakkan rakyat Malaysia, kajian telah dibuat hasil temuduga dari 19 orang tua Malaysia 10 Melayu, 1 Cina, 4 india dari pelbagai peringkat kehidupan. Mereka mendapati orang dewasa di Malaysia tidak formal dan berpengalaman belajar bersama/perkauman dan lebih gemar belajar agama atau bersifat kerohanian. Pelbagai usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia bagi memberi peluang dan menggalkkan orang dewasa ini untuk lebih mempelajari ilmu ICT ini bermula dari peringkat akar umbi. Orang tua mempunyai masalah mengawal fungsi motor utamanya dan harus di beri langkah atau strategi untuk memahirkan diri dengan penggunaan komputer. Pelbagai langkah cuba dilakukan contohnya dengan menyediakan skrin sentuh agar mereka lebih senang menggunakan dengan harga yang berpatutan bersama bantuan ahli keluarga mereka.
Komputer Pengantar Komunikasi. Pelbagai jaringan sosial media adalah utama dalam pemahaman komunikasi media. Pelbagai medium media yang boleh menjadikan pengantar komunikasi contohnya audio bunyi, visual dan pelbagai lagi disediakan mengikut keperluan sesuatu komunikasi itu. dalam pembelajaran GP-GC kajian GP dari 4 negara Eropah menunjukkan apabila hidup berjauhan dari GC mereka sanggup menggunakan pengantara komunikasi seperti telefon bimbit yang beserta sms dan email.Ini bergantung kepada keperluan dan kehendak individu itu sendiri. Video juga salah satu pengantara yang disyorkan untuk perhubungan jarak jauh, contohnya Yahoo Messenger Windows Live Messenger boleh dimuat turun untuk mesej segera.banyak kekurangan dan kelebihan sembang video tetapi ainya menjadi kebiasaan di masa depan.
Rumusan yang dapat dibuat hidup komuniti yang semakin moden, pengaturan hidup di Malaysia juga berubah. Keluarga bertambah kecil 75%, orang tua Malaysia tinggal bersama anak mereka. Bagaimanapun corak kehidupan akan berubah berdasarkan temuduga 40-55 orang tua Malaysia 56% tidak mempunyai rancangan untuk berpindah .Mereka lebih gemar tinggal di rumah sendiri dengan persekitaran yang biasa, 40 tahun akan datang orang-orang tua akan lebih celik komputer dan mempunyai talian internet di rumah untuk berkomunikasi di masa hadapan. Juga peratusan tinggi rakyat Malysia yang berhijrah melanjutkan pengajian dalam ijazah @ PHD. Latihan itu penting tapi orang tua Malaysia lebih suka belajar dari ahli keluarga untuk mencari maklumat. Dari review ini dapat disimpulkan 3 objektif :-
1)Memahami persekitaran semulajadi dalam perhubungan antara GP-GC.
2)Mengenalpasti keberkesanan sidang video sebagai media komunikasi jarak jauh.
3)Pembangunan bagi menghasilkan sidang video lebih baik untuk komunikasi jarak jauh diantara GP-GC. Dalam pembelajaran ini juga melibatkan GC yang ada kemahiran sidang video dan semua responden memaklumkan tentang internet dan penggunaannya dalam komunikasi dengan GP. Tambahan lagi GP perlu memenuhi dan mengetahui cara untuk menggunakan sidang video. Selepas itu GP-GC boleh berjumpa menggunakan sidang video, interaksi antara GP, pembantunya dan sidang video, GC akan dipantau dan dianalisis lagi dimasa depan.

Wednesday, August 5, 2009

Artikel 2 - COMMUNICATING FOR A NEW AGE

Pada pendapat saya ,dalam artikel ini memperjelaskan tentang bagaimana komunikasi dan peranannya dari satu generasi kepada satu generasi berubah mengikut berubahnya masa kesemasa dengan mengambil kira beberapa faktor persekitaran yang mempengaruhi.


Seperti satu kajian yang dipaparkan dalam artikel ini hasil daripada Dr.Carol Kinsey Goman menyatakan bahawa antara satu generasi ada perubahan dan perbezaan , dimana generasi yang bekerja - Generasi Y mempunyai tahap perbezaan yang amat ketara dengan Generasi X. Pengkelasan generasi dapat dilihat seperti :


i) Generasi Veteran 1927 - 1945

ii)Baby Boomers 1946-1964

iii)Generasi X 1965-1983

iv)Generasi Y 1984 (sekarang)


Dari kajian ini kita dapati bahawa perbezaan satu generasi itu akan membawa kepada satu perubahan dan pendekatan yang berbeza. Terutamanya dalam sektor pekerjaan. Setiap orang yang memasuki alam pekerjaan, cara dan pendekatannya akan berubah mengikut situasi persekitaran . Dan disini sudah pasti setiap institusi pekerjaan tak kira cara dan bentuk apa pekerjaan tersebut memerlukan dan mengimpikan pekerja yang terdiri daripada generasi Y.

Generasi Y adalah generasi yang mampu bergerak jauh dalam apa bentuk komunikasi dalam sesuatu organisasi. Contohnya generasi Y , kita dapat melihat bagaimana apabila mereka berada dalam syarikat/organisasi , halacara mereka berkomunikasi ditempat kerja.Mereka boleh mengguna komputer (e-mail) kepada majikan tanpa ragu-ragu lagi. Mereka boleh bekerja dengan baik dan alatan teknologi ini telah menjadi satu perantaraan yang cepat untuk menjalankan tugas dan berkomunikasi. Generasi Y boleh membuktikan boleh melakukan pelbagai kerja Berbeza dengan generasi X dimana mereka tidak mempunyai kehebatan ini.
Dalam artikel ini juga menerangkan tentang perkara penting dalam berhubung dengan generasi-generasi lebih muda ,dimana mengalih daripada yang pasif atau menolak, komunikasi aktif dan menarik. Generasi Y memerlukan pembabitan aktif dalam menerima maklumat. Kebanyakan universiti-universiti menyedari bahawa bahawa generasi muda berminat dengan proses pengajian yang berbentuk pembelajaran dan hiburan. Oleh itu generasi ini terlibat dengan cara yang berbeza. Kita dapati juga teknologi telah memberikan satu perubahan yang besar dalam komunikasi pada masa kini.
Perkara terakhir yang dapat saya rumuskan disini bahawa penggunaan kaedah perhubungan dalam setiap generasi boleh dikekalkan sekira bersesuaian dan bertetapan dengan kehendak tertentu, sebagai contoh saluran bersemuka ( face- to -face ) masih boleh digunakan kerana ianya lebih baik, mudah dan berkesan. Ianya boleh digunakan ditempat kerja sekalipun.
Setiap generasi mempunyai halacara dan pemikiran yang berbeza , maka segalanya memberikan kesan kepada komunikasi dan perhubungan. Oleh itu kita seharusnya boleh mengikut peredaran komunikasi mengikut teknologi masakini tetapi biarlah ianya dapat memberikan sesuatu yang lebih baik untuk diri dan masa depan.

Tuesday, August 4, 2009

Ulasan Artikel - "Highly - cherished"

Pada pendapat saya artikel ini menerangkan, menggambarkan dan memberikan penjelasan tentang peralatan teknologi masa kini seperti komputer riba, iPod, telefon bimbit, MP3, PDA, PlayStation dan pelbagai lagi yang masakini telah menjadi satu keperluan yang amat penting dalam kehidupan manusia dan terutama kepada semua kalangan remaja. Peralatan teknologi komunikasi ini diibaratkan sebagai satu keperluan rutin kehidupan seharian dan kadang-kadang ianya sudah menjadi terlalu sukar untuk dipisahkan dalam diri masing-masing.
Dalam artikel ini juga menjelaskan tentang bagaimana peranan, fungsi-fungsi dan bagaimana peralatan teknologi ini digunakan secara meluas masakini. Contohnya seperti telefon bimbit. Dengan adanya kemudahan telefon bimbit , komunikasi individu menjadi cepat dan pantas, menjimatkan masa, mudah untuk dibawa kemana-mana kerana saiznya kecil, boleh menyimpan maklumat-maklumat tertentu, menggunakannya sebagai jam untuk melihat masa, penggunaan tanpa had, jarak komunikasi memudahkan, sebagai satu alat hiburan dan pelbagai lagi memberikan faedah yang besar kepada penggunanya. Fenomena ini amat memberikan kesan yang besar kepada penggunanya terutama kepada remaja dan para pelajar, dimana kadang-kadang mereka alpa tentang kos yang ditanggung. Apa yang difikirkan kini peralatan ini memudahkan dan yang penting sekali ianya telah menjadi satu keperluan dalam hidup.
Sebagai contoh lain yang digambarkan dalam artikel ini sebagai satu peralatan yang penting kepada para remaja, belia dan para pelajar adalah komputer riba. Ianya telah menjadi satu alatan teknologi yang cukup berguna masa kini. Bagi para pelajar komputer riba ini banyak digunakan untuk mencari bahan pembelajaran, mendapatkan data , memperolehi maklumat untuk kajian ,menyiapkan tugasan ,membuat grafik dan pelbagai lagi dengan mudah dan cepat. Ianya banyak membantu para pelajar untuk lebih berpandangan jauh dalam mencari ilmuan. Ilmu yang baik dan buruk individu itu yang menentukan untuk dirinya. Alatan teknologi ini juga boleh menjimatkan masa dan kos. Komputer riba ini juga mudah untuk dibawa kemana-mana lokasi kerana ianya kecil dan tidak membebankan. Ramai para ibubapa hari ini sanggup menyediakan wang untuk tujuan tersebut supaya anak-anak akan lebih maju kehadapan setanding dengan peredaran zaman ICT hari ini.
Antara lain peralatan teknologi yang diterangkan dalam artikel ini adalah seperti iPod dan MP3 yang mana alat ini boleh digunakan untuk hiburan. Remaja boleh mendengar lagu-lagu dengan menggunakan alat tersebut. Ianya juga mudah dibawa kemana-mana kerana amat ringan dan kecil.Fleksibal untuk kemana-mana. Ianya membantu remaja mengurangkan stress dan berhibur dengan mudah walaupun dirumah.Bagi orang-orang yang kekurangan masa dan sibuk alat ini
membantu untuk memudahkan mereka meringan bebanan peranan dan bosan. Mendengar lagu-lagu yang dapat melegakan minda dari tekanan kerja.
Kesimpulan yang dapat dirumuskan , memperjelaskan kepada dunia hari ini bahawa dengan adanya teknologi komunikasi dan maklumat yang canggih hari telah banyak mempengaruhi kehidupan manusia , dimana manusia banyak bergantung kepada peralatan ini dalam memudahkan urusan rutin harian kehidupan dengan keadaan dunia pekerjaan, dunia pelajar yang sentiasa mengejar masa dalam menyelesaikan sesuatu kerja dan masalah. Dari segi kewangan sudah tidak menjadi soal lagi demi memenuhi kehendak memiliki peralatan tersebut. Pemikiran manusia masakini juga mahukan semua perkara mudah dan cepat diuruskan. Adat kata teknologi hebat hari ini amat diperlukan dalam menjadikan diri lebih maju dalam konteks komunikasi semasa.

Friday, July 24, 2009

Assalamualaikum & Salam Sejahtera..

-Assalamualaikum & Salam sejahtera.Saya Hanita bt. Ahmad,pelajar Universiti Utara Malaysia yang mengambil jurusan komunikasi.

-Tujuan blog ini dibangunkan adalah bertujuan untuk memenuhi keperluan kursus pengantar teknologi komunikasi.

-Jutaan terima kasih saya tujukan kepada Puan Nurin iaitu pensyarah saya kerana beliaulah kami semua dapat mempunyai blog sendiri.
Selamat Membaca