Wednesday, September 9, 2009

ARTIKEL 4- THE DIGITAL AGES OF MAN

Selepas membaca artikel ini kita dapat mengetahui untuk ribuan tahun sivilisasi didunia, guru dan pelatih telah menjadi generasi sebelumnya . Sekarang kita ada pendatang digital, orang muda dan generasi terkini, belajar membeli dan mencipta Digital semulajadi oleh generasi Y dan generasi Milenium. Isu ini bukanlah baru. Berbalik kepada sivilisasi Greek Socrates mengajar Plato, yang berusia 42 tahun lebih muda dari Socrates, dan Plato mengajar Aristotle yang 44 tahun lebih muda muda dari Plato. Ribuan tahun, setiap generasi percaya tentang perbezaan unik untuk sesuatu yang belum dilalui atau kita seperti ibubapa kita yang mana tidak bergerak ke mana-mana. Untuk mengimbangi keadaan ini setiap generasi tua ada, untuk ribuan tahun setiap generasi baru haruslah menerima sikap dan sifat semulajadi orang tua dan belajar menerimanya waktu ini, generasi kini dengan penerimaan yang lebih baik dari biasa.
Kini banyak persembahan, grafik segera jaringan maklumant menggunakan multimedia.Pelbagai gadjet dan ianya semulajadi untuk melihat generasi muda menonton TV atau mendengar lagu melalui IPOD, bersembang dengan mesej segera di internet, menonton youtube di komputer riba dan menghantar pesanan ringkas di telefon bimbit masing-masing. Rujukan generasi ini digelar generasi MTV salah satu nama bagi generasi X. Generasi MTV suka menonton visual yang menarik perhatian seperti video pendek dan lagu-lagu. Persembahan audio-visual ini dipersembahkan dengan baik di internet dan di pertingkatkan dengan menambah lapisan teks dan komunikasi segera sebagai campuran. Ada beberapa fakta berguna dari survey yang dijalankan pada tahun 2007, 97% mempunyai komputer, 94% ada handphone, 76% guna mesej segera, 75% mempunyai akaun Facebook, dan yang menakjubkan lagi 15% berkata mereka 24 jam mendaftar online untuk mesej sembang segera. remaja hari ini lebih menggunakan kemajuan teknologi masa kini. Latihan asas komputer lebih kepada cara tradisional, berlatih untuk menjadi lebih mahir. bagaimanapun digital semulajadi lebih sesuai untuk interaksi. Kita boleh buat ini tanpa menggunakan sepenuhnya mesej segera sewaktu belajar.
Kita juga boleh menambah elemen permainan, jadi pelatih akan lebih memahami dan skor kemahirannya. Sambil main sambil menambah ilmu dan boleh berkomunikasi dengan satu sama lain. E-learning perlu menyediakan lebih maklumbalas, teknik pembelajaran peribadi dengan menyediakan lebih maklumbalas, teknik pembelajaran peribadi dengan menyediakan grafik segera. E- learning ini yang mana menyediakan secara tunggal, telus dalam haluan pembelajarannya di sertakan dengan pelbagai pilihan soalan di penghujung bab. Kita boleh mengkaji tentang program pembelajaran dan mendapat maklumbalas bagaimana mereka lakukan. Apabila digital semulajadi akhirnya menjadi kaedah berterusan dalam pembelajaran dan pembangunan dalam 20 tahun akan datang. Generasi akan datang yang mengikutnya akan melengkapkan pusingan dan merasakan digital semulajadi sudah ketinggalan zaman.

Tuesday, September 8, 2009

Artikel3-FACILITATING LONG DISTANCE RELATIONSHIP BETWEEN MALAYSIA GRANDPARENT DAN GRANDCHILDREN LIVING IN THE UK THROUGH COMPUTER MEDIATED COMMUNICATI

Dalam artikel ini saya dapat mengetahui mengenai pengenalan kepada kajian GP-GC. Dalam Model Hirarki keperluan Maslow, selepas keperluan psikologi dan keselamatan dipenuhi, lapisan ketiga yang diperlukan oleh manusia ialah sosial.Ini turut melibatkan emosi dan asas perhubungan seperti persahabatan, intimasi seksual atau mendapat sokongan serta komunikasi keluarga.Orang yang berusia lebih menerima kesannya dalam kontek kehidupan sosial yang dinyatakan. Antara sebab utama kegagalan keatas jaringan sosial dan ketidakbolehan untuk mencari perhubungan baru. Kajian keatas kehidupan datuk nenek dalam tempoh 2 dekad menunjukkan bahawa perhubungan antara GP dan GC kelihatan positif dan penting dalam setiap generasi.Perhubungan antara GP-GC telah dikaji dengan mendalam di negara Eropah yang melibatkan pembabitan beberapa buah negara ( berpandukan senarai dalam artikel). Walaubagaimanapun di Malaysia juga ada satu kajian GP-GC yang menfokuskan Malaysia Sindhis dan bahasa yang digunakan dalam 2 generasi ini. Umumnya popularasi rakyat Malaysia ialah berbanding bangsa dan kumpulan etnik 63% bumi, Cina 24%, India 7% dan lain-lain 1%, 5% bukan warganegara.
Untuk memahami GP-GC mempunyai perhubungan pelbagai, faktor dan persekitaran perlu diambil kira dan difahami serta keperluan 2 generasi ini. Satu perbezaan utama dalam model yang dicadangkan dalam kajian 2 kumpulan ini, apabila fokus utama ke atas stereotaip negatif oleh generasi muda kepada generasi tua, terdapat pelbagai faktor yang perlu diambilkira dari segi komunikasi, perhubungan sosial mahupun positif dan negatif. Untuk pelajar Malaysia di UK dan Ireland, berdasarkan statistik pelajar Malaysia di luar Negara sejak 2000-2005, UK dan Ireland mendapat tempat pertama dan diikuti US dan Australia. Walaubagaimana carta menunjukkan terendah jumlah pelajar di UK dan Ireland pada tahun 2002 kepada 28%.Bilangan menurun pada tahun 2003, manakala 2004 mula meningkat kembali pelajar Malaysia belajar di UK ialah sebanyak 15189.sejak 2002 ke atas UK dan Ireland terus kebelakang Autralia manakala tahun 2005 hanya dengan perbezaan 1%.
Para penyelidik percaya jumlah rakyat Malaysia memilih untuk belajar di Luar Negara akan meningkat selepas MOHE menyasarkan sekurang-kurangnya 75%, pensyarah di IPTA bertaraf Doktor Falsafah manakala 30% pensyarah di Politeknik dan Kolej Komuniti di Malaysia. Dianggarkan pelajar dilingkungan usia 22-40 masih ada diantara mereka yang akan melanjutkan pengajian ke peringkat Masters selepas Ijazah. Cuti belajar bagi kakitangan kerajaan mestilah tidak tidak melebihi usia 40 tahun tetapi ada sesetengah IPTA membenarkan kakitangan terus belajar asalkan tidak melepasi usia persaraan wajib. Ditambah lagi popularasi rakyat Malaysia menunjukkan anggaran lelaki berkahwin pada usia 28.6 tahun manakala wanita 25.1 tahun. Ada perbezaan negatif yang nyata diantara umur GC dan bilangan GP yang ada. Kajian mendapati dan menganggarkan 99% GC di Swiss yang berusia 40 tahun tidak mempunyai GP. Ada perbezaan dalam persepsi GC di dalam hubungan dengan GP.Menurut kajian Creasy GC yang lebih tua ,kurang mempamerkan keinginan bersama GP. Ini kerana mereka lebih menumpukan terhadap masa berkualiti bersama anak-anak yang bersekolah dan ini juga menyebabkan peningkatan awal hubungan GP-GC mula berkurangan ditambah pula dengan hubungan jarak jauh.
Di masa yang sama di UK, ilmu ICT mula didedahkan seawal 5 tahun. Dianggarkan 13.9 juta isirumah di Britain boleh mengakses internet dari rumah dengan majoritinya menggunakan broadband. Masa yang sama ramai anak muda memperuntukkan masa bermain permainan komputer berbanding dengan anak muda yang matang. Oleh itu ibubapa harus memberi dorongan kepada anak-anak untuk untuk meluangkan masa lebih bersama GP teritama yang berada dalam jarak jauh. Perlu juga untuk mendidik anak muda ini tentang nilai mengimbangi hubungan dengan orang yang lebih tua. Ini kerana orang yang lebih tua banyak memberi sumbangan kepada keluarga dalam bentuk mengambil berat terhadap cucu dan cicit mereka. Hubungan GP-GC berasaskan beberapa sebab:-
1)Adanya peluang dimana masa depan generasi dan cabaran dapat dipelajari.Individu yang boleh bekerjasama dan berunding akan berjaya dalam hubungan diantara keluarga dan lebih berpeluang melakukannya dimana sahaja.
2)Ada bukti bahawa hubungan ini amat penting bagi orang yang lebih dewasa melainkan atas sebab kematian dan tahap motivasi mencari hubungan baru, GC akan berpeluang mendapat dan fokus kepada kedua keluarga maruah dan interaksi sosial. Akhirnya perhubungan ini sangat berharga kepada GC dari segi pembangunan emosi dan daya kendiri yang membolehkan GC mempunyai hubungan persaan dengan seluruh keluarga.
Beberapa kajian dilakukan dan hasilnya ada persamaan dalam kajian ini dengan majoriti responden mempunyai sedikit kemahiran komputer dan mereka perlu mengenalpasti apa yang dikehendaki sewaktu menggunakan internet. hasil daripada En.Hisham menunjukkan orang yang lebih tua guna email, pencarian maklumat dan bersembang di internet. Manakala hasil kajian IG pula menunjukkan mereka mencari maklumat, pembelian barang dan servis serta bermain permainan komputer. Jelas terdapat perbezaan yang ketara diantara kajian ini. Masyarakat kini yang lebih menggunakan internet dan kalangan pelajar serta golongan profesional. Dalam menggalakkan rakyat Malaysia, kajian telah dibuat hasil temuduga dari 19 orang tua Malaysia 10 Melayu, 1 Cina, 4 india dari pelbagai peringkat kehidupan. Mereka mendapati orang dewasa di Malaysia tidak formal dan berpengalaman belajar bersama/perkauman dan lebih gemar belajar agama atau bersifat kerohanian. Pelbagai usaha yang dijalankan oleh kerajaan Malaysia bagi memberi peluang dan menggalkkan orang dewasa ini untuk lebih mempelajari ilmu ICT ini bermula dari peringkat akar umbi. Orang tua mempunyai masalah mengawal fungsi motor utamanya dan harus di beri langkah atau strategi untuk memahirkan diri dengan penggunaan komputer. Pelbagai langkah cuba dilakukan contohnya dengan menyediakan skrin sentuh agar mereka lebih senang menggunakan dengan harga yang berpatutan bersama bantuan ahli keluarga mereka.
Komputer Pengantar Komunikasi. Pelbagai jaringan sosial media adalah utama dalam pemahaman komunikasi media. Pelbagai medium media yang boleh menjadikan pengantar komunikasi contohnya audio bunyi, visual dan pelbagai lagi disediakan mengikut keperluan sesuatu komunikasi itu. dalam pembelajaran GP-GC kajian GP dari 4 negara Eropah menunjukkan apabila hidup berjauhan dari GC mereka sanggup menggunakan pengantara komunikasi seperti telefon bimbit yang beserta sms dan email.Ini bergantung kepada keperluan dan kehendak individu itu sendiri. Video juga salah satu pengantara yang disyorkan untuk perhubungan jarak jauh, contohnya Yahoo Messenger Windows Live Messenger boleh dimuat turun untuk mesej segera.banyak kekurangan dan kelebihan sembang video tetapi ainya menjadi kebiasaan di masa depan.
Rumusan yang dapat dibuat hidup komuniti yang semakin moden, pengaturan hidup di Malaysia juga berubah. Keluarga bertambah kecil 75%, orang tua Malaysia tinggal bersama anak mereka. Bagaimanapun corak kehidupan akan berubah berdasarkan temuduga 40-55 orang tua Malaysia 56% tidak mempunyai rancangan untuk berpindah .Mereka lebih gemar tinggal di rumah sendiri dengan persekitaran yang biasa, 40 tahun akan datang orang-orang tua akan lebih celik komputer dan mempunyai talian internet di rumah untuk berkomunikasi di masa hadapan. Juga peratusan tinggi rakyat Malysia yang berhijrah melanjutkan pengajian dalam ijazah @ PHD. Latihan itu penting tapi orang tua Malaysia lebih suka belajar dari ahli keluarga untuk mencari maklumat. Dari review ini dapat disimpulkan 3 objektif :-
1)Memahami persekitaran semulajadi dalam perhubungan antara GP-GC.
2)Mengenalpasti keberkesanan sidang video sebagai media komunikasi jarak jauh.
3)Pembangunan bagi menghasilkan sidang video lebih baik untuk komunikasi jarak jauh diantara GP-GC. Dalam pembelajaran ini juga melibatkan GC yang ada kemahiran sidang video dan semua responden memaklumkan tentang internet dan penggunaannya dalam komunikasi dengan GP. Tambahan lagi GP perlu memenuhi dan mengetahui cara untuk menggunakan sidang video. Selepas itu GP-GC boleh berjumpa menggunakan sidang video, interaksi antara GP, pembantunya dan sidang video, GC akan dipantau dan dianalisis lagi dimasa depan.